Saya suka skodeng


Pada masa kini harga sebuah laptop amatlah murah dan semua orang boleh memilikinya sendiri. Saya masih ingat pada satu ketika dahulu harga minimum sebuah laptop adalah sekitar RM4000~RM5000. Tetapi lihat lah sekarang laptop RM900 pun ada, dahsyat betul.

Mengikut perkembangan ini, maka ramailah penguna2 laptop di Malaysia ini. Kalau dulu pemilik laptop melepakkan diri di (more…)

Duit Autopilot

Apa yang saya betul2 gemarkan tentang google adsense ini, duit yang dijana dihasilkan secara automatik. Duduk, tengok tv, makan, tidur pun ia tetap berjalan.

Income dari adsense ini lebih adalah cara yang paling mudah untuk mendapatkannya, anda tak perlu kerja keras, cuma kerja bijak (work smart). Pendekatan menjana online income dari (more…)

Program buat duit yang saya paling suka

Setelah ramai membaca blog saya, ramai yang tertanya2 apakah program menjana online income yang paling saya minati dan memberi pulangan yang baik. Memang benar ada banyak program internet yang memberi pulangan yang lumayan, tetapi bagi saya program Adsense adalah yang paling saya minati.

Google AdSense

Tapi kenapa Adsense? Saya tahu ramai yang telah mencuba Adsense dan hanya menjana pulangan sekitar $1~$5 dollar sebulan. Tapi ini tak bermakna anda tak boleh buat lebih dari itu. Saya dahulu pun begitu, agak kecewa juga setelah mencuba untuk 6 bulan bersama Adsense. Saya berlajar optimizekan Adsense seorang diri dan tidak ada guru. Saya gunakan kaedah cuba jaya (trial and error).

Tetapi beberapa bulan yang lepas saya sudah dapat jumpa intan dalam Adsense! Saya kini telah menjana lebih dari RM empat angka sebulan hanya dari Adsense saya! Dan setiap bulan juga dengan senyuman manis mengisi borang western union cash out duit Adsense. Kenapa tak percaya.. tunggu post2 seterusnya kita gali lagi dalam dan terperinci.. Tunggguuu…

Dapat offer Duit Iklan Haram

“I like your blog, I pay you $200, and you sell me link at your blog. I can buy all the link at your blog!”

Tercabar sedikit keimanan saya, bila saya dapat message ni, pergh USD$200 tu (RM680). Mat saleh tu mahu meletakkan link iklan dia dekat blog aku. RM680 tu banyak juga, lepas tu bukan nak beli satu link sahaja, banyak2 link pula tu.. he.. tapi kena aku tolak? Nak tau kenapa?

Haa sebab link iklan yang dia nak letak tu link kepada website “orang dewasa”.. ehem2.. anda faham bagus he he.. so dengan tak berat hati aku pun tolak tawaran itu.. tapi jum kita try kira2 kalau dia beli sepuluh link kat blog aku.. jadi RM680 x 10 = RM6800 tu.. banyak tuu.. Tapi ingat haram, teguhkan iman dan tahu yang mana halal dan yang mana halal. Yang haram tetap haram, yang haram tak boleh jadi halal.

Blogging bukan skim cepat kaya

Salam sejahtera kepada pembaca setia di hujanbatu.com, terima kasih saya ucapkan. Terlebih dahulu saya ingin pohon maaf, kerana saya ada sedikit kesibukan untuk updatekan blog ini. Pada waktu ini saya sedang mengembangkan 2 lagi blog baru, sibuk update artikel dan setting2 blog itu. Tapi saya gagahi untuk update juga.

Ramai yang bertanya pada saya macam mana blog boleh menjana online income bagi mereka. Ada yang tak percaya dan ada juga yang agak impress dengan pencapaian saya. Begini, jika blog yang saudara saudari hasilkan mempunyai nilai pada para pembaca, maka anda tak perlu gusar dan pada satu masa nanti ia akan menhasilkan income pasif untuk anda.

“Content is the king!” kalau ada biasa dengar ungkapan ini, syabas anda semakin hampir dengan apa yang anda cari. Artikel yang baik, menarik dan bernilai pada pembaca anda adalah kunci kejayaan sesuatu blog. Kenapa saya katakan begini? sebab ia menghasilkan return visitor.

Jika anda baru pada dunia blogging ini, saya harap saudar saudari sabar sedikit teruskan berblogging, sentiasa update blog, muatkan artikel2 yang menarik. Bila anda boleh buat duit dengan blog? Belum lagi saya tak akan menyangka saudara saudari akan buat sebarang hasil dari berblogging dalam jangka masa 6 bulan lagi. Kuatkan semangat dan teruskan berblogging dan sentiasa ikut perkembangan hujanbatu.com

p/s: saya sendiri pun ambil masa 1 tahun lebih untuk mendapatkan USD$1 saya yang pertama!

DesertNight : Day 11, Artikel dan Isi

Ok, hari ke 11, artikel dan isi telah siap sedia dikarang.. artikel pada blog ni aku target atleast 100+ artikel, artikel yang sudah siap sedia di que untuk publish automatik bila tarikh dan masa telah tiba.

Sekarang tengah buat promosi dan backlink banyak2, harap dapat menaikan pelawat2 baru datang ke blog itu. Penat juga jadi blogger ni, bukan kerja mudah. Apa pun pulangan dari usaha ni memang berbaloi, jadi kuatkan semangat duhulu buat masa ni.