Selamat Hari Kemerdekaan ke 52

online_income_malaysiaSelamat menyambut hari kemerdekaan ke 52 kepada semua warganegara Malaysia. Apa yg korang nak merdekakan diri korang dari? Kalau korang tanya soalan tu pada aku.. aku nak merdekakan diri aku dari belengu kerja makan gaji.. Kalau utk korang para blogger aku nasihatkan merdekakan diri korang dari sifat MALAS! Sifat ni mmg tak bagus kalau nak berjaya dalan arena buat online income dari blog.

“Ah malasla aku tak reti la pasal internet2 ni..”, “Malas la nak buat blog, buang masa je”, “Bolehke buat online income dari blog ni… aku malasla nak explore2 benda ni” antara ungkapan ungkapan orang kita.. sedih dah teramatlah rugi saudara2 sekalian.. zaman kita ni dikurniakan internet sebagai satu sumber mendapatkan duit.. ramai yg ambil acuh tak acuh.. teramat rugilah kalau kita tak gunakannya.. zaman mak bapak kita dulu mana ada internet ni.. so sumber pendapatan diaorg cuma makan gaji dan berniaga sahaja.. mereka takde pilihan.. kita ada, kenapa MALAS lagi?

Semua orang tahu MALAS itu tak bagus utk diri kita, dah tahu tapi kenapa MALAS lagi? Kita kena ubah sikap kita merdekakan kita dari sifat MALAS utk berjaya dalam hidup… Selamat Hari Kemerdekaan ke 52!

Malaysia Satu – Lirik dan Lagu oleh Faizal Tahir

Lirik lagu Malaysia Satu – Faizal Tahir (more…)

Blogspot vs Wordpress

online_income_blogspot_vs_wordpressRamai yg mungkin tertanya2 apa yang best sangat tentang wordpress berbanding blogspot? Nak beli domain pastu letak wordpress sendiri kat server ke tak? Aku dah try signup blogspot baru2 ni utk study camne blogspot tu..

Mari kita mulakan.. sign up blogspot memang mudah .. ia ambil masa lebih kurang 3 minit sahaja dan terus boleh blogging.. servis ni free je.. Interface dia juga mudah dan simple saje.. aku try posting artikel ok je.. tapi tricky sikit bila nak save draft..boleh (more…)

Cara elak kehilangan pelawat ke blog

online_income_hujanbatu.comDunia internet terlalu demanding.. penguna internet mahukan samabungan internet yg pantas dan lagi pantas.. 1MBps dikatakan slow.. hmm teringat pada tahun 1998 line paling laju ialah ISDN 128KBps je tau.. kalau dial up lagi slow.. dengan modem yg berkriok tiap kali dailing.. he he nostalgia betul..

Berbalik pada tajuk, tahukan korang jika blog muka pertama korang lambat download dalam masa 15 saat sahaja.. 80% pelawat blog akan tutup blog korang dan terus pergi ke blog yg lain! Hmm korang tentu pernah (more…)

SELAMBAKODOK’S HOUSE review

online_income_adflin_sauki_1Ok aku memang slalu perasan bila mamat ni buat filem mesti dia tak lepas dengan laptop dia.. ada je gadjet2 yg dia buat.. aku perasan gak dia pernah ada blog.. ada dah baca dulu lagi .. ok la.. nak kata best tu tak sangatla.. tapi nice la.. cuba teka siapa? haha

Adflin Shauki la.. walaupun blog dia ni kurang post.. tapi post2 dia yg kurang tu agak informative dan best gak la layan.. kebanyakan post2 dia ni adalah yg related dengan kerja layar perak dia.. hmm jum layan.. zaasss…

http://afdlinshauki.blogspot.com

Hosting data restore!

“Tensiioonn!”

Arrgghh tension betul la.. dah dua kali server aku kena restore back dated.. habis hilang post2 aku.. harap korang sabar yek.. nak kena repost balik posting2 yg lepas.. aduh…

p/s: pengajaran selalu backup data korang.. kat pc.. nasib aku subscribe rss feed aku sendiri.. kalo tak total loss artikel2 ni semua.. ni tips gak ni.. he he.. oleh itu subscribelah feed sendiri..

Jual produk fizikal atau produk digital?

online_income_produk_fizikal_produk_digitalMenjanakan online income dari sesuatu blog tidak terhad kepada iklan2 sahaja. Penjualan produk juga boleh dilakukan ia boleh dilakukan dengan penjualan produk fizikal atau produk digital.

Apa pula perbezaan antara dua2 produk ni? Produk fizikal adalah produk yg boleh kita beli dan pegang macam barang2 di supermarket macam buku2, alat2 tukangan, kuih muih, biskut, kek, tudung, baju dll. Produk digital pula adalah produk yg kita beli yg tak boleh pegang tetapi berguna pada kita, contohnya ebook, gambar, video, theme, software dll.

Mana nak pilih? (more…)

Cara tulis artikel yang berkesan untuk blog

online_income_cara_tulis_artikel_berkesan

Menulis artikel yang berkesan dan menarik adalah cara mengekalkan pelawat setia ke blog korang.. Bila artikel menarik dan berguna kepada pelawat korang.. tak usah risau diaorang tentu datang lagi..

Ada banyak blog pada masa sekarang.. bersepah2.. tapi aku tengok artikel2 diaorang macam tangkap muat jek.. asal boleh jek.. cerita pun ntah apa2.. tapi biarkan lah.. buang karen je tegur.. Kembali kepada matlamat korang kenapa bina blog? Jawapannya tentu lah nak buat online income.. Dah terang tujuan buat blog tadi? ok jum kita mulakan.. (more…)

Jum buat avatar muka sendiri..

Tentu korang pernah tengok avatar kartun kawan2 korang buat.. cam muka diaorang sendiri.. he he cute kan.. contohnya nyg aku baru je buat tadi ni… lan pet pet..

online_income_lan_pet_pet

Cantek kan.. senang je buat ni.. adjust2 option avatar yg dia bagi pastu click finish diaorang akan hantarkan gambar tu ke email korang.. pastu boleh la guna picture ni jadi gravatar korang.. atau letak kat profile korang..

online_income_face_your_manga

Ok korang boleh cuba kat faceyourmanga.com

Senarai blog free

online_income_blog_free_list

Ok takde budget nak beli blog dot com.. ini adalah senarai blog2 free yg korang boleh cuba dan try.. sign up je dan terus boleh pakai dan ia adalah percuma.. cuba2 lah..