Apa itu SEO?


Saya telah beberapa kali menyebut SEO didalam post saya yang lepas2. Apa itu SEO sebenarnya? SEO ialah singkatan untuk Search Engine Optimization. Kalau dalam bahasa melayunya Penyesuaian Enjin Pencarian. SEO ini biasaya kita katakan berkaitan dengan search engine no 1 iaitu google.

Antara salah satu teknik SEO ialah meletakkan link blog anda ke blog orang lain. Antara teknik yang asas telah google gunalan untuk menjana result search adalah dengan mengira berapa banyak link blog anda pada website2 atau blog2 yang lain. Dengan erti kata lain semakin banyak link anda di blog2 orang lain, lebih tinggi lah kedudukan blog anda di mata google. Teknik ini juga dinamakan teknik membina backlink.

Ada dua bahagian dalam teknik SEO ini. Bahagaian pertama adalah kata kunci atau anchor link dan bahagian kedua adalah link website anda. Ok, bila penguna mencari sesuatu di google mereka akan menaip kata kunci didlam kotak carian. Jika anda ingin menaikkan result google link blog anda, anda perlu kaitkan blog pada sesuatu kata kunci. Contohnya jika hujanbatu.com mahu kan kata kunci kuih raya maka link pada blog orang lain saya perlu letakkan seperti ini;

<a href=”http://www.hujanbatu.com”>Kuih raya</a>

Jika anda ingin membina backlink pada komen sesuatu blog, gunakan kata kunci pada box nama dan link apda box url. Ini juga serupa dengan kod diatas. Selamat mencuba!

Masih mencari domain name yang sesuai?

Saya faham mendaftarkan domain idaman kadang2 menjadi sesuatu yang sukar. Mungkin domain name itu telah didaftarkan dahulu oleh orang lain. Bila cuba nama lain pun dah kena ambil. Cuba2 lagi pun semua sudah kena ambil.

Jangan risau anda juga boleh gunakan tanda “-” dalam domain name anda. Contohnya money-talk.com atau money-mind.com

Ada yang mengatakan tidak elok mendaftar gunakan tanda tolak dalam domain name. Sebenarnya ini tidak benar sama sekali. Kalau tidak percaya google pun tidak finalize domain name yang ada tanda tolak. Oleh itu kalau anda mengejar SEO kata kunci anda. Daftar sahaja domain name dengan tanda tolak sekali.

Duit dan realiti kehidupan

Duit adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan harian kita. Lihat sahajalah berapa banyak masa yang kita telah habiskan untuk memperolehi duit. Dalam seminggu kita sebenarnya telah menghabiskan kira 71% dari masa kita untuk berkerja. Let face it, ada orang kata dia bekerja kerana dia berminat nak buat benda tu. Dia kata itu adalah cita2 dia..

Akan tetapi hadapilah saudara saudari sekalian dihujung hari duit juga jadi kayu pengukurnya.. Eh kenapa kau berhenti kerja? Oh.. gaji kat company tu sikitla.. aku dah offer lain bagi gaji lebih besar. Haa lihatlah betul tak?

Menjana online income dari internet tidak pernah terfikir bagi saya akan menjadi serius dan telah pun menjadi sumber income utama saya. Income dari internet ini kini lebih besar dari gaji saya dan ia telah stabil menjana pulangan semenjak satu tahun yang lepas. Alhamdullilah syukur.

Tetapi ada suatu kelainan dalam diri saya.. Saya telah berjaya memperolehi sumber pendapatan yang agak lumayan tetapi tidak terasa pun dalam diri saya seperti orang yang banyak duit. Hmm pelik, ntah la.. Mungkin saya memang jenis orang yang telah dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan lalui perit hidup dengan sumber kewangan terhad! Bila saya memperolehi sumber kewangan sampingan saya amat menghargainya.. kena bezakan keperluan dan kemahuan..

Saya suka skodeng


Pada masa kini harga sebuah laptop amatlah murah dan semua orang boleh memilikinya sendiri. Saya masih ingat pada satu ketika dahulu harga minimum sebuah laptop adalah sekitar RM4000~RM5000. Tetapi lihat lah sekarang laptop RM900 pun ada, dahsyat betul.

Mengikut perkembangan ini, maka ramailah penguna2 laptop di Malaysia ini. Kalau dulu pemilik laptop melepakkan diri di Starbuck tapi kini kita boleh lihat kat kadai mamak, kfc, mcD, tecso, giant, booth orang jual kat giant, kedai warung tepi jalan pun orang bukak laptop. Di tambah pula dengan kewujudan wireless broadband.

Haa, satu perkara pelik yang aku suka buat adalah skodeng penguna laptop2 ni.. he he.. bukan skodeng apa tgk ape benda yang diaorang gunakan laptop diaorang tu. Mana tau ada lubuk duit kat mana2 he he.. Tetapi dari aktiviti skodeng aku tu, diaorang ni mengunakan laptop untuk tengok YouTube, Facebook dan YM sahaja. Hmm sayangnya masa yang dibazirkan. Kan bagus masa2 terluang tu buat duit dari internet atau baca blog aku ke.. ada la juga masyuk ye tak.. he he..

Ok la terpulang pada diri masing2.. so jaga2 jangan kena skodeng dengan aku .. he he.. :P

Duit Autopilot

Apa yang saya betul2 gemarkan tentang google adsense ini, duit yang dijana dihasilkan secara automatik. Duduk, tengok tv, makan, tidur pun ia tetap berjalan.

Income dari adsense ini lebih adalah cara yang paling mudah untuk mendapatkannya, anda tak perlu kerja keras, cuma kerja bijak (work smart). Pendekatan menjana online income dari adsense mudah kerana ia tidak memerlukan kita menjual barang, menjemput orang dan sebagainya. Apa yang anda perlu lakukan hanya meletakkan iklan adsense di blog atau website anda sahaja, terlalu mudah. Nak mudah macamana lagi tu.. :P

Ingin mencuba? Sebelum sign up program adsense ini, saudara sudah ada blog? atau website? Kalau belum buat ini dahulu.. Tidak pandai.. ikuti post di blog saya yang seterusnya..

Program buat duit yang saya paling suka

Setelah ramai membaca blog saya, ramai yang tertanya2 apakah program menjana online income yang paling saya minati dan memberi pulangan yang baik. Memang benar ada banyak program internet yang memberi pulangan yang lumayan, tetapi bagi saya program Adsense adalah yang paling saya minati.

Google AdSense

Tapi kenapa Adsense? Saya tahu ramai yang telah mencuba Adsense dan hanya menjana pulangan sekitar $1~$5 dollar sebulan. Tapi ini tak bermakna anda tak boleh buat lebih dari itu. Saya dahulu pun begitu, agak kecewa juga setelah mencuba untuk 6 bulan bersama Adsense. Saya berlajar optimizekan Adsense seorang diri dan tidak ada guru. Saya gunakan kaedah cuba jaya (trial and error).

Tetapi beberapa bulan yang lepas saya sudah dapat jumpa intan dalam Adsense! Saya kini telah menjana lebih dari RM empat angka sebulan hanya dari Adsense saya! Dan setiap bulan juga dengan senyuman manis mengisi borang western union cash out duit Adsense. Kenapa tak percaya.. tunggu post2 seterusnya kita gali lagi dalam dan terperinci.. Tunggguuu…

Dapat offer Duit Iklan Haram

“I like your blog, I pay you $200, and you sell me link at your blog. I can buy all the link at your blog!”

Tercabar sedikit keimanan saya, bila saya dapat message ni, pergh USD$200 tu (RM680). Mat saleh tu mahu meletakkan link iklan dia dekat blog aku. RM680 tu banyak juga, lepas tu bukan nak beli satu link sahaja, banyak2 link pula tu.. he.. tapi kena aku tolak? Nak tau kenapa?

Haa sebab link iklan yang dia nak letak tu link kepada website “orang dewasa”.. ehem2.. anda faham bagus he he.. so dengan tak berat hati aku pun tolak tawaran itu.. tapi jum kita try kira2 kalau dia beli sepuluh link kat blog aku.. jadi RM680 x 10 = RM6800 tu.. banyak tuu.. Tapi ingat haram, teguhkan iman dan tahu yang mana halal dan yang mana halal. Yang haram tetap haram, yang haram tak boleh jadi halal.

Blogging bukan skim cepat kaya

Salam sejahtera kepada pembaca setia di hujanbatu.com, terima kasih saya ucapkan. Terlebih dahulu saya ingin pohon maaf, kerana saya ada sedikit kesibukan untuk updatekan blog ini. Pada waktu ini saya sedang mengembangkan 2 lagi blog baru, sibuk update artikel dan setting2 blog itu. Tapi saya gagahi untuk update juga.

Ramai yang bertanya pada saya macam mana blog boleh menjana online income bagi mereka. Ada yang tak percaya dan ada juga yang agak impress dengan pencapaian saya. Begini, jika blog yang saudara saudari hasilkan mempunyai nilai pada para pembaca, maka anda tak perlu gusar dan pada satu masa nanti ia akan menhasilkan income pasif untuk anda.

“Content is the king!” kalau ada biasa dengar ungkapan ini, syabas anda semakin hampir dengan apa yang anda cari. Artikel yang baik, menarik dan bernilai pada pembaca anda adalah kunci kejayaan sesuatu blog. Kenapa saya katakan begini? sebab ia menghasilkan return visitor.

Jika anda baru pada dunia blogging ini, saya harap saudar saudari sabar sedikit teruskan berblogging, sentiasa update blog, muatkan artikel2 yang menarik. Bila anda boleh buat duit dengan blog? Belum lagi saya tak akan menyangka saudara saudari akan buat sebarang hasil dari berblogging dalam jangka masa 6 bulan lagi. Kuatkan semangat dan teruskan berblogging dan sentiasa ikut perkembangan hujanbatu.com

p/s: saya sendiri pun ambil masa 1 tahun lebih untuk mendapatkan USD$1 saya yang pertama!

DesertNight : Day 11, Artikel dan Isi

Ok, hari ke 11, artikel dan isi telah siap sedia dikarang.. artikel pada blog ni aku target atleast 100+ artikel, artikel yang sudah siap sedia di que untuk publish automatik bila tarikh dan masa telah tiba.

Sekarang tengah buat promosi dan backlink banyak2, harap dapat menaikan pelawat2 baru datang ke blog itu. Penat juga jadi blogger ni, bukan kerja mudah. Apa pun pulangan dari usaha ni memang berbaloi, jadi kuatkan semangat duhulu buat masa ni.

DesertNight : Day 3, Tapak kosong

DesertNight (DN), hari ini hari ketiga setelah domain dibeli dan register, saya install wordpress latest version v2.8.6. Sedang mencari2 theme yang sesuai dengan niche blog ini. Saya sedang mengarang beberapa artikel untuk dimuatkan didalam blog ini. Dalam satu dua hari lagi artikel ini akan dipublish ke blog saya. Untuk DS ini juga saya bercadang memasang visitor tracker untuk check hits visitor.